Monday, May 11, 2009

Monday, May 11, 2009

(243) Nizar vs Zambry - Menanti keputusan Mahkamah (update 3.25 pm)

Update 3.25pm:
MSK memaklumkan dari dalam kamar mahkamah, Tuan Hakim masih lagi menyemak fakta kes yang telah dibentangkan oleh peguam dari kedua-dua pihak. Sejak tadi, Dato Seri Nizar dan beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat sahaja yang hadir. Zambry tidak kelihatan hadir pada perbicaraan terakhir ini.Zambry mungkin sedang mengigil..!

Kedapatan beberapa kelompok penyokong Umno turut berada di perkarangan, jumlah tidak ramai, kelompok kecil-kecil sahaja. Dominasi penyokong dari PR menambah kecil kelompok yang tidak dihirau orang !

Kedengaran bacaan Yaasin dari orang yg tidak dikenali, mengiringi doa dan harapan rakyat, untuk Nizar dan rakyat Perak yg dizalimi..!

0 comments:

Post a Comment